malam ini terasa sunyi terasa macam nak tulis entri lagi sekurang²nya dapat juga mengubat sepi di hati sila baca dengan penuh simpati diri ku keseorangan lagi tiada siapa yang menemani walaupun rumah penuh isi awal lagi mereka dibuai mimpi sudah lena tak sedar diri sayang ku entah ke mana pergi senyap menghilang dari petang tadi mesej ku dibiarkan sepi tidak berbalas hingga kini penat ku cuba menghubungi balik² suara operator yang di dengari di mana rakan di saat ini semuanya lenyap dengan hidup sendiri bukan lah ehsan dan simpati yang ku cari cuma harapkan keikhlasan diri sebagai teman sejati oh bestie u forget me already :( moga ada esok hari hari yang lebih bermakna dari hari ini tanpa sepi ku lagi tanpa sunyi ku lagi rasanya cukup sahaja setakat ini makin lama makin melalut jadi pakat semua ayat hujung nak letak ' i ' terima kasih daun keladi sudi membaca entri merapu ni salah silap harap dimaafi esok² sila berkunjung ke sini lagi hi hi hi 0 Hashtag |