![]() salam suma . lamanya dah tak update blog . aku baru sahaja selesai minggu orientasi di kmpp nie . yess ! alhamdulillah dapat jugak wifi kat bilik nie . boleh jugak aku update . almaklum lah aku dapat bilik tingkat 3 ( penat wehh naik turun tangga tiap masa! ) so line wifi tu agaknya lagi clear la kot . ekekekee . biar aku nak critakan pengalaman aku kembali ke sini . minggu oreintasi sangat meletihkan . badan aku sakit² + sengal² . rumate semuanya junior . tak sama macam dulu dah . tapi mereka ok la . rinduuu sangat B4.1.2 ! dapat praktikum pun sorang pun xde orang yang sama aku . aku xda geng . sian aku asek sorang² n banyak diam jeh . esok dah nak mula kuliah . cuak jugak . harap² tak delah beban sangat . bila dah mula belajar nie , faham² jela kan . but so far , aku boleh survive la . cepat² la weekend depan pulak . aku nak balik rumah . homesick ! :( okay . nak crita lagi . semalam pegi outing ke pasifik . beli kasut n barang² lain . tapi tujuan utamanya tengok movie ! niatnya nak tengok movie nur kasih tuu . tapi kami sampai lambat . movie tu dah start setengah jam . rugi pulak nak tengok sekerat jalan . so kami pun sepakat tengok crita KARAK . tengok poster nie , mesti ingat movie nie seram gila babeng kan ? KRU punya kott . hebat tak macam crita merong mahawangsa tu? secara jujurnya , bagi aku la serius movie nie tak best n tak feel langsung ! harap sound dia jeh kuat . hantunya pun xda la takut sangat . pelakon yang aku kenal syahir sorang jea . yang lain suma muka baru . ceritanya begini . ada 4 orang nie , diorang terperangkap kat highway yang sesak sebab ada kemalangan . pastu diorang amik jalan pintas guna la jalan lama karak . pastu diorang eksiden . then bermula lah journey yang menakutkan . aku tak berapa suka jalan ceritanya . kalau nak cerita pasal karak , cerita jela pasal kat highway tu . nie dok melalut tercampak sesat kat hutan . yang selebihnya korang boleh tengok n nilai sendiri . lagi satu , yang aku perasan la , masa aku tengok citer nie kan , masa part yang seram tu aku x pulak dengar orang jerit . suma senyap jeh . ke diorang jerit aku xdengar sebab sound efek dia terlalu kuat ? pape pun kalau korang rasa sayang duit , tak yah la tengok citer melayu . pegi tengok citer pirate of caribbeans lagi bagos . kalu nak tengok sangat amek la pekej astro first . lagi jimat kalu korang download jea movie tu kt syok.org . save budget kan ? har har har . ok lah . takat nie saja . kalau berkesempatan aku update lagi . *p/s : pada sapa yang follow tu , keep following me . tengs banyak² . sori sebab aku xsempat nak follow balik . jangan kecik hati or terasa okeh . pelan² nanti aku follow la . harap maklum yea . peaceeee ! ![]() |