![]() semalam, aku datang ke 'tempat kita'. tempat yang selalu kita jumpa. tempat yang selalu kita dating. tempat yang selalu buat aku bahagia bersamamu. tempat yang telah mencipta seribu kenangan buat aku dan kamu. namun, itu dulu. 'tempat kita' dah banyak berubah. 'tempat kita' dah makin cantik. 'tempat kita' dah makin maju. aku gembira melihat perubahan 'tempat kita'. walaupun banyak yang berubah, kenangan itu tetap ada. hanya itu yang kekal dan tak akan berubah. jika dulu aku sayu melihat 'tempat kita' kerana 'tempat kita' buat aku teringat kamu 'tempat kita' buat aku teringat saat2 kita bersama dulu 'tempat kita' bermula segala-galanya tentang kita aku benci mengingat kembali kenangan lama. namun kini langkahku berbeza. aku mula sedar dari 'tempat kita' juga aku pelajari sesuatu. 'tempat kita' menjadi kekuatanku. 'tempat kita' membuat aku lebih matang 'tempat kita' mengajar aku terus melangkah 'tempat kita' merupakan kenangan terindah sebagaimana aku gembira melihat perubahan 'tempat kita', seperti itu juga aku harus bahagia melihat perubahan dirimu. perubahan hati. walaupun kau dah berubah hati, aku akan tetap simpan kenangan kita. kerana biarpun masa berlalu KENANGAN ITU TAK AKAN BERUBAH. bersamamu adalah saat yang terindah. melepaskanmu adalah saat yang gundah. namun redha dan pasrah itu jalan yang terbaik bagiku. aku doakan yang terbaik buat dirimu. AMIR FARHAN :) ![]() |