![]() ![]() Assalamualaikum . aku rasa dah lama aku tak buat sesi luahan perasaan kat blog ni . asyik sibok post pasal contest la apa la . pagi tadi aku pegi maktab \sekolah menengah dulu/ pegi ambik sijil SPM . 3 tahun peram kat sana . baru teringat nak amik . tu pun sebab nanti nak guna untuk claim duit dari PKR bagi sapa yg dapat masuk u . aku ingat sijil SPM tu tak penting pun . yela result pun bukannya elok sangat . dah macam ais batu campoq . \paham² jela yea/ . alang² dah pegi tu, jumpa la cegu² mana yg ada kat situ . biasalah tanya kabar n tanya perkembangan semasa kan . \aku bukannya reti sangat nak beramah mesra dengan cegu/ sebenarnya aku nak meluahkan rasa sedih dan terkilan . tentang kebanyakkan mereka² yang bertanya penempatan kemasukkan ke IPTA \terlebih formal pulak ayat/ . ada beberapa situasi yg aku alami kat sini SITUASI 1 dapat u mana ? dapat kat kelantan ooo USM ke ? eh tak la kat UMK jeaa \dlm hati cakap mana mampu nak dpt usm kan/ SITUASI 2 dapat sambung mana ? kat UMK ..... muka blur ..... oo.. course apa ? teknologi kretif .... muka blur lagi ..... UMK tu kat mana ? tak pnah dengaq pun turn aku plak buat muka blur .... grrr ! SITUASI 3 hang dapat u mana ? agak² ? \dah malas dah nak bagitau sebenarnya/ ........................ aku dapat kat UMK oh dapat course apa ? teknologi kreatif weh UMK tu apa ? hang pi try tanya google haihh payahnya dapat u yg tak pemes ni . kos pun tak pemes \tapi aku suka!/ apa bleh buat kan . agaknya u dia lagi pemes kott . tapi tak kurang jugak ada yg still support . alhamdulillah SITUASI 4 dapat u mana? dapat UMK jea . kos teknologi kreatif ohh bagus la . ok la tu . sebenarnya dah jauh lari dengan sains tak pa . janji kita minat n boleh pi dengan kos tu . kena struggle betul² SITUASI 5 \yg ni paling peberet/ kak fiza tahniah . tadi kat UMK la . kelantan oo ha baru ingat . tahniah² . kos apa ? ala kos biasa² jea . KOSMETIK \saja nak testing. hehe/ ok la tu . nanti saya kawin leh jemput kak fiza mai mekup \mati² dia percaya/ haha . xdak la . men² ja . kak fiza dapat teknologi kreatif la \mengekek aku gelak/ kadang² aku rasa bermotivate . kadang² ada jugak rasa down \yg tu lebih sikit/ . aku memang dah lali dengan semua ni . dari dulu lagi . hidup dalam kelompok orang yg bijak pandai sedangkan diri kita ni tak sehebat mereka . mungkin bukan niat mereka untuk buat aku tersinggung . tapi cara mereka bertanya tu . rasa terkilan tu tetap ada . tak ramai yang paham n tau apa yg aku rasa . sebab tempat mereka selalu di atas . ini lah cabaran hidup . aku kena hadapi jugak . baik buruk tu aku ambik sebagai cabaran untuk aku ubah hidup aku jadi lebih baik . ikutkan hati dah malas nak sambung blajaq ni . tunggu orang mai masuk meminang ja . haha gatai ! tu pun kalau awak blaja tinggi² , keja bagoih² , gaji ribu-riban baru senang nak tanggung saya . berangan ! haha :D . saya rindu lah kat awak :'( ![]() ![]() |