Fly High !


Photos and videos

Tweet to FiezaSya

Who follow me

Tweets Trend

# oh leopard print . im in loveee !!
# im back home !
# a short hi . i'll be back
# kau bukan lagi yg pertama
# update tahun baru 2012
# a goodbye
# Review movie : OMBAK RINDU betul ke cerita sedih??
# Kadang2 menipu itu perlu untuk jaga hati
# Freebies beauty girl (part 2)
# Contest Blog Superawesome by Sha
© 2014 By Fiezasya . Inspired by Twitter
All right reserved . All contents in this blog are owned by me . Respect the owner or you just leave. Contact me Email Facebook Twitter
Kelebihan Berpuasa Di Bulan REJAB

Tuesday, May 22, 2012 | 12:18 AM

Assalamualaikum & hai .

Tahu tak malam nie (isnin 21 mei 2012) malam 1 rejab ? kenapa dengan bulan rejab ? ok biar aku terangkan . REJAB bermaksud ta'azim iaitu kebesaran, keagungan dan kemuliaan . Allah akan limpahkan rahmat-Nya dan kemuliaan-Nya . Berlakunya peristiwa Isyrak dan Mikraj di bulan ini serta perang Tabuk . Rejab menjadi bulan yg sangat mulia . Oleh itu, umat Islam digalakkan berpuasa di bulan ini .

Antara kelebihan berpuasa di bulan rejab :

  Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

  Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

  Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan parit yang panjang menghalangkannya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)

  Puasa 4 hari - diafiatkan daripada bala dan daripadapenyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

  Puasa 5 hari - aman daripada azab kubur.

  Puasa 6 hari - keluar kubur bercahaya muka.

  Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya

  Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya

  Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

  Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, jadikan baginya hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim

 Puasa Rejab 13 hari - seperti puasa 3,000 tahun.

  Puasa Rejab 14 hari - seperti puasa 10,000 tahun.

  Puasa Rejab 15 hari - seperti puasa  100,000 tahun. 

 Puasa 16 belas hari - akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

  Puasa 19 belas hari - dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

  Puasa 20 hari - Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

 Sesiapa berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quaran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya  di Mizan dan 70 hajat ketika melailui Siratul Mustaqim.

 Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk Mikraj) - seperti berpuasa 60 bulan pahalanya jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun

 Dapat minum air sungai yg dinamakan rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji

 Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan idabat seumur hidupnya. Bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada seribu kali matahari

 Sedekah pada Rejab umpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan. diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.



Rejab bulan Allah , Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah 

thanks info . nak tau lebih lagi SINI  

*p/s : so jom kita puasa esok !! Nak puasa ganti sekali gus . hehe

0 Hashtag



← OLDER
NEWER →