Fly High !


Photos and videos

Tweet to FiezaSya

Who follow me

Tweets Trend

# menang contest gambar desktop paling cun ?
# my fear is over !
# alasan kenapa aku lama tak hupdate?
# the yesterday
# raya aku yang tak best
# contest gambar desktop paling cun !
# Contest Header Saya Comel
# 3# Wordless Wednesday
# tutorial float status
# tutorial buat follow float button (macam saya)
© 2014 By Fiezasya . Inspired by Twitter
All right reserved . All contents in this blog are owned by me . Respect the owner or you just leave. Contact me Email Facebook Twitter
pelajar dan cuti memang serasi !

Thursday, November 3, 2011 | 9:40 PM




hari yg paling ditunggu2 dah pun tiba . para pelajar matrikulasi melompat keriangan . sengih mereka sampai ke telinga . siksa bertempur dalam medan peperiksaan sudah berakhir . tiada lagi kedutan di dahi . tiada lagi jeritan histeria tengah malam oleh tekanan tak dapat jawab soalan math , kimia , fizik & biologi . satu demi satu buku dan nota2 di campak ke tepi . tak pun di simpan rapi ke dalam kotak keramat . tapi ada jugak segelintir yg buang terus nota yg setebal 2-3 inci tu masuk tepat ke dalam tong sampah . ish ish ish.. ilmu2 kesian kau kan ? penat berperah otak cari nak dapatkan ilmu . tapi bila dah tak dipakai , dibuang macam tu jea . ilmu dah setaraf dengan sampah . tak tak . bukan ilmu tu . tapi otak awak lah ! 

laluan utama di pintu pagar sesak dek kenderaan ibu bapa yg datang mengambil anak2 mereka untuk pulang . tak kurang juga dengan deretan bas yg berbelas2 biji bagi menghantar pelajar pulang ke destinasi masing2 . walaupun petang ini hujan , namum tidak menjadi halangan pada mereka . perasaan seronok untuk pulang ke rumah sudah menebal . beg bagasi yg bagai gergasi tu tetap ditarik meredah renyai hujan menuju ke bas . bantal busuk tak ketinggalan dibawa sambil dikepit di ketiak . ada juga yg membawa teddy bear pemberian pakwe atau makwe . mana boleh ditinggalkan ibarat nyawa nombor 2 .

bila ada lelaki dalam golongan tersebut, segelintir pelajar perempuan mulalah memerhati lama , kemudian berbisik sesama sendiri . laki bawak teddy bear ? 

"wah sweet lah dia"
"tu mesti awek dia yg bagi"
"eii pondan ke apa?"

bagi pasangan yg sedang bermadu kasih pasti sedih kerana terpaksa berpisah buat sementara waktu nie . commercial break . tak dapat la nak menatap wajah masing2 yg setiap hari datang berdating kat kafe b . \ ingat aku tak perhati korang ke? dah kenal sangat mukanya ! haha . / seronok jadi stalker dari jauh . memandangkan bilik aku yang sangat stategik dari tingkap dah boleh tengok muka yg selalu berdating tiap hari . sampai dah naik jemu aku tengok . eleh macam dia sorang je ada buah hati . aku pun ada lah . tapi jauhh . uhuhuu .

terfikir sejenak , apa yg patut aku buat untuk menghabiskan masa cuti 2 minggu nie ? jom layan drama korea ! heheh

0 Hashtag



← OLDER
NEWER →