Fly High !


Photos and videos

Tweet to FiezaSya

Who follow me

Tweets Trend

# Master Chef Selebriti Malaysia : Siapa Selebriti P...
# GA 'My Blog Is Pretty Than Yours'
# Tutorial Letak Background Cbox yg COMEL
# Freebies Background Cbox yg COMEL #Part 1
# Tutorial Rapatkan Header Dengan Body
# 1st Give Away By Nina & Kiki
# Segmen : Tingkatkan Visitor dan Followers
# Alahai Si Casing Merah
# Tutorial Mini MP3 Player *New* (Blogskin)
# Tips² buat pengguna blogskin
© 2014 By Fiezasya . Inspired by Twitter
All right reserved . All contents in this blog are owned by me . Respect the owner or you just leave. Contact me Email Facebook Twitter
Kenapa Anak Mak Menangis Ni ?

Thursday, May 31, 2012 | 1:05 AM


start dari pagi semalam aku nangis . bila aku tidur, aku harap apa yg jadi sebelum tu cuma mimpi . tapi bila aku bangun, aku tengok balik fon aku . tak ni bukan mimpi . ni kenyataan . kenyataan yg aku bakal hilang orang yg aku sayang . dan aku dah pun kehilangannya .

entah kenapa aku rasa tergerak hati nak luahkan pada mak . sepanjang aku ada masalah cinta, aku TAK PERNAH sekalipun luahkan pada mak . sebab aku rasa mungkin mak aku tak open minded macam mak orang lain . aku lagi prefer cari kawan untuk luahkan masalah aku . tapi aku silap . mak sebenarnya adalah pendengar yg baik . yg terbaik pernah aku jumpa .

aku menangis kat bahu mak . mak tanya kenapa ni ? aku tak jawab . aku terus nangis . mak teka macam2 . nak tergelak pun ada masa tu . tapi aku cuma geleng . mula2 aku segan sebenarnya nak cerita kat mak . lama jugak aku nangis . bila tanya aku tak nak bagi tau sebab apa . tapi mak sabar jeh layan kerenah aku . kalau orang lain mesti dah feed up kan . last2 aku cerita jugak kat mak apa yg jadi . mak rilek jeh dengar cerita aku . mak tak salahkan sapa2 . mak cakap biasalah darah muda . kalau ada jodoh tu ada lah . mungkin ada hikmah di sebalik ni . aku rasa lega sangat bila dah luahkan pada mak . terasa lepas beban yg ada .

sebenarnya ada 2 sebab kenapa aku nangis & sedih . pertama sebab dia . kedua sebab pikir result aku . hari yg aku diamkan diri tu adalah hari yg sama hari result matrik aku keluar . aku dah jangka result aku teruk . memang masa time exam tu hanya aku dengan tuhan je tau apa yg aku jawab masa tu . paling teruk paper math . boleh cakap memang banyak gila blank kat kertas jawapan tu . aku expect aku dapat fail . tapi tuhan masih sayangkan aku . dia still dengar doa aku . walaupun result aku tu tak segah orang lain, tapi aku bersyukur sangat at least aku lulus . alhamdulillah .

mak dulu yg tengok result aku . aku cakap aku tak nak tengok . tapi dia dulu dah pakat dengan kakak aku . diorang tengok dulu result aku . bila aku dapat tau aku nangis . mak pun nangis sekali dengan aku . mak tak marah . mak TAK PERNAH marah bila aku cakap aku dapat result teruk . sebab mak tau dari dulu aku TAK MINAT belajar sains . sains memang bukan bidang aku . tapi nak buat macam mana . aku dah tersalah pilih jalan . jalan ni dulu dah hancurkan aku . dan sekali lagi . bodoh kan aku ? silap besar aku bila aku cuma nak ambik jalan cepat nak dapat degree .

aku bersyukur sangat2 sebab dapat seorang mak yg memahami anaknya . memang kadang2 aku ni suka memberontak . walaupun umur dah masok 20 tahun . tapi jiwa macam budak2 lagi . mak tetap tak jemu layan kerenah anak dia ni . nampak macam aku ni anak manja ? bukan manja . cuma aku suka bila ada hubungan yg mesra antara aku dengan mak . dia lah mak aku . dia lah kawan aku . dia lah segala-galanya .

ok ini perenggan terakhir . buat awak , saya tau mungkin awak tak kan baca apa yg saya tulis ni . sy mintak maaf sebab sy yg jadi punca utamanya . saya tak nak mengaibkan awak . cuma saya harap sangat , tolong mintak maaf balik pada orang tua awak . saya tau awak tak sengaja . bukan niat awak nak buat macam tu kan . maaf sebab saya dah lalaikan awak sampai awak jadi macam ni .

*p/s : ni bukan entri tentang hari ibu . ok sekian 


2 Hashtag



← OLDER
NEWER →