Fly High !


Photos and videos

Tweet to FiezaSya

Who follow me

Tweets Trend

# #4 Wordless Wednesday
# Segmen : TeamFollowBack by Amercorner
# Waa Seminggu 100 Follower ?
# Followers Oh Followers . Mai La Follow Saya
# Segmen : Jom Tingkatkan Follower Anda Dengan Menda...
# Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500
# Tudung Bawal Cantik 1st Giveaway by Kak Bunga
# Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara
# Segmen Saya Mahu Follower Tegar
# Contest Blog Paling Awesome
© 2014 By Fiezasya . Inspired by Twitter
All right reserved . All contents in this blog are owned by me . Respect the owner or you just leave. Contact me Email Facebook Twitter
Ajal Tak Mengenal Waktu :'(

Thursday, June 7, 2012 | 11:36 PM

Petikan ini diambil dari MyMetro

06 Jun 2012
KUALA KANGSAR: “Saya sempat mendengar arwah ibu mengerang kesakitan beberapa kali sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,” kata Saiful Khairul Amiruddin, 21, anak lelaki kepada Rohana Ahmad, 43, mangsa yang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Terowong Menora, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi di Kilometer 256.6 arah selatan itu, kereta Honda City dinaiki Saiful bersama empat ahli keluarganya hilang kawalan akibat jalan licin sebelum merempuh belakang lori berhenti di tepi jalan.

Kejadian menyebabkan bapanya, Amiruddin Basaruddin, 45, parah, manakala dia dan dua adiknya, Mohamad Aiman Hakimi, 13 dan Noralina Anum, 19, hanya cedera ringan.

Saiful berkata, dia terkilan kerana tidak dapat berbuat apa-apa bagi menyelamatkan arwah ibunya sebaliknya hanya mampu melihat ibunya mengerang kesakitan di tempat duduk bahagian hadapan.

Katanya, sejurus kemalangan, dia terus keluar dari kereta bagi memeriksa keadaan ibu dan bapa serta dua adiknya yang turut mengalami cedera ringan.

YA ALLAH ! terkejut sangat bila dapat tau berita ni petang tadi . mereka semua ni adalah bekas jiran aku . sebelum ni diorang dok kat seberang rumah aku . femli diorang ni baik and peramah sangat walaupun femli diorang ni boleh dikatogerikan agak berada la . dulu masa kecik² (skolah rendah) aku dengan elina tu rapat la jugak . aku panggil dia dekna . time pegi balik skola diorang tumpang sekali dengan aku . dia ni banyak cakap sama macam mama dia (arwah) . memang peramah sangat . tiap kali jumpa mesti ada jeh benda dia nak cerita . mama dia pulak aku panggil acik ana . mama dia baik sangat dengan mak aku . mama dia selalu hantar makanan kat rumah . dah la masak sedap² pulak tu . tambah² lagi bila time bulan puasa . memang murah rezeki kami sekeluarga . macam tak percaya dia dah tak ada .

baru² ni (sebelum kemalangan) aku dengan femli sempat jenguk rumah baru diorang kat Sungai Dua, Seberai Prai . fuhh rumah diorang memang terbaik laa ! buat aku ternganga kejap . esh sekarang bukan nak cerita pasal rumah . tu la kali terakhir aku dengan femli jumpa arwah . arwah siap pesan lagi kat mak aku ' nanti raya mai la rumah . jangan lupa bawak bihun kak siti sekali ' . femli diorang memang suka sangat bihun air tangan mak aku . tak sempat arwah nak merasa . mak aku nangis bila dapat tau berita ni . eksiden ni jadi semalam . tapi baru dapat tau petang ni .

aku ucapkan takziah pada keluarga mereka . moga mereka tabah hadapi dugaan ni . mohon doakan agar arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman . AL-FATIHAH


*p/s: entri plain . tiada gambar untuk dikongsikan .


2 Hashtag



← OLDER
NEWER →